Sajian Rhu

Tentang Kami

Sajian Rhu

Sajian Rhu (No. Pendaftaran : : 201003070571 001940428-T) telah didaftarkan pada 1hb April 2010 , di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 bagi menyahut seruan Kerajaan yang mengalakkan bumiputera menceburi bidang perniagaan seterusnya dapat meningkatkan ekonomi negara . Aktiviti perniagaan Sajian Rhu adalah melibatkan pengendalian kantin, dewan makan institusi pengajian, catering untuk majlis perkahwinan, majlis -majlis rasmi dan orang perseorangan.

Strategi 3k

Sajian Rhu telah mengatur Strategi 3-K untuk melangkah lebih jauh dan bersaing di dalam dunia perniagaan yang global bagi menyumbang secara positif di dalam meningkatkan ekonomi Malaysia secara menyeluruh.

Misi Kami

“Memberikan PerkhidmatanYang Efektif & Mesra Pelanggan”

Hanya Yang Terbaik

Hanya Yang Terbaik

Sajian RHU sentiasa menitikberatkan kualiti makanan dan hidangan yang disediakan . Oleh sebab itu, satu unit Kawalan Mutu telah diwujudkan sejak syarikat ini beroperasi bagi memenuhi kehendak dan citarasa pelanggan -pelanggan bukan sahaja dari segi keenakan masakan tetapi juga dari aspek kesihatan dan kebersihan sebelum, semasa dan selepas sesuatu kerja dijalankan.
Bagi memenuhi hasrat Jaminan Kualiti ini juga,Sajian RHU bersedia menerima apa juga cadangan dan maklumbalas yang membina dari mana-mana pihak bagi memastikan perkhidmatan dan penyajian kami sentiasa memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan-pelanggan sediaada mahupun yang akan datang. Jaminan ini tidak akan terbatas dari segi kualiti makanan, kebersihan premis dan pekerja, budibahasa dan tatasusila kakitangan.

Organisasi Kami

Download Profil Syarikat untuk rujukan anda di sini: